Jumaat, 19 Jun 2015

Salam Ramadhan

Assalammualaikum dan salam ramadhan kepada semua umat Islam..setelah sekian lama aku xupdate blog..hahahaha..ingatkan da xde da blog nih, tp ade lagi..so, kali nih aku nak buat ape eh kat blog nih???mm..meh sini nk hapdet sedikit sebanyak gambo mane yg ade..hahahahahahah


AmyZ & NikZ
Terengganu






Khamis, 3 Januari 2013

harga untuk kawan-kawan

Salam..hahaha..kali nih aku xnak uplod gambo..sb ape??sb aku nak share something yg aku rasakan menarik tertarik nko mmg debom..ape benda yg aku nak share tuh??nih ha, harga tuk kawan2..hehehehe..selak punye selak, aku jumpe petikkan yg menarik kat blog salah seorang blogger kat malaysia nih..aku copy n paste kat sini sb nak share kpd semua..jom membaca..selamat membaca =)

HARGA MURAH UNTUK KAWAN-KAWAN?
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Entry asal 23 April 2007
Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…
Kita tentu selalu dengar ayat macam ni – “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:
1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…
2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…
Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?
Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.
Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar – dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…
Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”
So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.
Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami, saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”
Apa pendapat anda? Mari kita kongsi bersama…
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Jumaat, 28 Disember 2012

travel by train

travel by train ke kelantan..anjuran pelajar part 5 uitm shah alam..aku terlibat sama..layan street kat kelantan..kat sana aku sempat merakamkan kenangan pahit manis serta kenangan indah..jom layan





Khamis, 27 Disember 2012

Edward dan Nadia

Edward dan Nadia..nama pasangan yg melangsungkan majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di kota metropolitan ini..aku berkesempatan tuk merakamkan kenangan indah mereka..terima kaseh diucapkan buat Shah Ros kerna sudi mengajak tuk bersama merakamkan kenangan indah tersebut..tidak dilupakan juga Ainuddin Hata kerna sudi memberikan sedikit sebanyak ilmu yg dia ada..jom tengok2 =)





vespa di plentong

sekian lamanya aku tidak post something kat blog nih..hahaha..berhabuk da rasanya..oke la..aku bukan nak post ape je..sekadar nak kongsi gambar2 yg sempat aku rakamkan sempena festival vespa dan lambretta di plentong pada sabtu yg lalu..jom menonton =)










Rabu, 4 Julai 2012

GetUp Kluang

pada 30 jun 2012 yg lalu, kluang mall telah wat 1 event beso kat kluang..event tuh dberi name getup youth..tuk anak muda kluang..mengimarahkan lagi daerah kluang johor yg terchienta ini..hahah..nak djadikan cerita, aku salah seorang dr 10 orang fotografer yg terpilih kat kluang nih tuk anto artwork aku tuk dpamerkan..dasyat woo...dalam ramai2, aku tercalon...hahahah..tema gambo yg nak dgantung adalah keindahan kluang dr pandangan mata...oke, gambo nih la yg aku anto masa event getup tuh..jom tgkk..sblm terlupe, big thanx to Rafiq Rajak dan pengurusan kluang mall =)





fesyen

fesyen fotografi..nih pon salah 1 aku nye assignment..sepatutnye menggunakan lighting tp aku degil dan tidak menggunakan light, so kena reject la assignment aku nih..hhahahha